Sword of Convallaria: : Gacha Tactical Game?

Sword of Convallaria: For This World of Peace ialah sebuah permainan strategi RPG yang mengambil inspirasi dari permainan seperti Fire Emblem dan Ogre Battle

Sword of Convallaria: Gacha Tactical Game?

maxresdefault

Sword of Convallaria: For This World of Peace ialah sebuah permainan strategi RPG yang mengambil inspirasi dari permainan seperti Fire Emblem dan Ogre Battle. Permainan ini menampilkan dunia fiksyen yang dinamakan Iria, yang mengalami konflik dan peperangan yang besar. Pemain akan mengawal pasukan yang terdiri daripada pelbagai watak dengan kebolehan yang unik untuk bertarung dan menyelamatkan negara tersebut. Namun, adakah Sword of Convallaria ini gacha tactical game?

Permainan ini berfokus kepada perjuangan watak utama dan pasukannya untuk membawa keamanan kembali ke Iria. Setiap keputusan yang diambil oleh pemain akan memberi kesan kepada jalan cerita dan corak permainan. Permainan termasuklah pelbagai plot yang menarik serta pilihan moral yang boleh mengubah arah cerita secara drastik.

Sword of Convallaria menampilkan kombinasi seni pixel retro dengan teknologi 3D moden, memberikan visual yang HD dan dinamik. Permainan ini juga mempunyai sistem gacha yang membolehkan pemain untuk mendapat watak-watak baru yang dapat membantu dalam pengembaraan.

Sistem pertempuran dalam Sword of Convallaria sangat menyeronokkan dan memerlukan strategi yang bijak. Pemain perlu mengatur pasukan mereka di medan perang, memanfaatkan kekuatan dan kelemahan setiap karakter. Setiap keputusan taktikal boleh membawa kepada kemenangan atau jika tidak bermain dengan betul boleh menyebabkan kekalahan. 

Gacha dalam Sword of Convallaria

sword of convallaria: gacha tactical game?

Sword of Convallaria menggunakan sistem gacha untuk mendapatkan karakter dan peralatan. Terdapat tiga jenis banner utama dalam permainan ini:

  1. First Encounter Banner:

    • Banner ini sesuai untuk pemain baru kerana menjamin karakter legenda dalam 30 kali percubaan. Ia adalah banner terhad masa, jadi penting untuk diutamakan dalam 30 hari pertama selepas mula bermain.
  2. Rate-up Banners:

    • Banner ini menawarkan peluang lebih tinggi untuk mendapatkan karakter legenda tertentu dengan kadar 2%. Setiap banner ini mempunyai “pity counter” sendiri, di mana selepas 200 kali percubaan, pemain dijamin untuk mendapat salah satu karakter yang ditampilkan.
  3. Weapon Banners:

    • Banner ini membolehkan pemain mendapatkan senjata kuat untuk karakter mereka. Walaupun begitu, senjata boleh diperolehi melalui permainan tanpa perlu menggunakan gacha​

Overall

Sword of Convallaria adalah permainan yang seronok dengan kombinasi visual yang menarik, penceritaan yang mendalam, dan pertempuran taktik yang mencabar. Walaupun sistem gacha ini boleh membuatkan pemain terasa bosan kerana perlu mengeluarkan wang jika ingin mendapatkan kerekter yang hebat. 

Namun pengalaman keseluruhan yang ditawarkan oleh permainan ini menjadikannya pilihan yang baik setakat ini untuk peminat genre RPG taktikal. Anda boleh mendapatkan demo di Steam sekarang untuk mencuba. Permainan ini akan di keluarkan pada jangkaan 1 August 2024 di Steam, Apps Store dan Play Store.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *