Star Wars Jedi Survival Saga

Apa yang terjadi kepada Cal Kestis dan kumpulan krunya? adakah perjuangan untuk mengumpulkan kesemua jedi dapat di laksanakan? Berjayakan Cal Kestis dengan misinya? Kepada peminat dan diehard fan Star Wars, korang pernah main tak game siri terbaru StarWarsJediSurvival? Siri ini adalah sequel ke-2 bagi Star Wars Jedi Fallen Order dan pada review kalini, jom aku nak beri beberapa hits terbaik untuk game ini. May the force be with you.

star wars jedi survival

Sinopsis

Kepada yang tidak tahu siri ini, jom saya throwback sedikit mengenai game ini. Star Wars Jedi ini mengesahkan tentang seorang lelaki yang bernama Cal Kestis yang bekerja sebagai tukang besi di sebuah gudang perkapalan di sebuah planet, boleh dikatakan macam mekanik lah, tapi version kapal spaceship. Kehidupan Cal berubah selepas dia organisasi Empire ingin memburu saki baki Jedi yang masih hidup di dalam setiap planet dan pada ketika itulah, baru kita tahu yang Cal Kestis ini adalah survival dari salah seorang Jedi ketika musibah order 66. 

Untuk Cal meneruskan kehidupannya, dia berlari dan bertemu dengan beberapa rakannya iaitu Cere Junda dan Captain Greez. Mereka kemudian bersatu dengan mempunyai 1 misi yang sama untuk restore dan kumpul kan kesemua jedi yang masih ada di setiap planet. Dan apakah kesudahan pengembaraan Cal, korang kena layan lah game siri ini. haha.

Apa Yang Menarik?

Star Wars Jedi Survival ini adalah sambungan bagi siri ini dan timeline ia adalah selepas 5 tahun. Jadi korang bayangkan plot cerita ini guys, memang padu. okay bagi storyline game ini pula. Siapa yang betul-betul diehard fan siri Star Wars korang akan rasa kagum dengan game ini. Setiap plot dan penceritaan ini memang kalau korang main, korang akan terasa macam sedang menonton film Star Wars. Dengan soundtrack yang diambil dari original sound memang real. Jadi bila nak bertempur dengan alien, korang akan dengar lagu yang popular tu. haha. 

Korang boleh travel di setiap planet-planet fiction buatan star wars. Korang boleh menikmati sendiri suasana dan feel bagaimana kalau kita berada di alam fantasi Star Wars. Mekanisma yang dibuat sangat detail dan teliti. Setiap planet mempunyai ceritanya tersendiri, jadi gamers kena explore sendiri untuk merungkai setiap isinya

Terdapat juga makhluk-makhluk aneh yang ada di dalam movie mereka dan dimasukkan di dalam game ini. Makhluk seperti Wampa, Jawa dan banyak lagi. Tidak lupanya watak-watak penting di dalam cerita ini seperi Darth Vader dan Saw Gerrera. Dan setiap dari character ini juga anda boleh berinteraksi dengannya. Konon macam kita sedang berbual dengan character fiction ini lah, Style en. Selain itu terdapat juga sidequest yang menarik. Gamers boleh  bermain dengan style yang tersendiri bagi mendapatkan item-item skin yang rare untuk di unlock. Ada pelbagai jenis item yang boleh kita dapatkan, seperti lightsaber skin, BD skin dan lain-lain. Haa cumanya kena main lah setiap quest tu untuk dapatkan nya.

Mereka juga menggunakan khidmat para pelakon untuk menjayakan game ini. Cameron Monaghan adalah watak leading bagi game ini yang bermain sebagai watak Cal Kestis. Acting wisenya sangat bagus membuatkan game ini seperti benar- benar berada sebagai siri wajib tonton jika korang ingin menonton Film siri Star Wars. Respawn Entertainment memang meneliti game ini dengan membawakan plot story yang best kerana di siri ini, dia diantara timeline return of the jedi. Antara timeline terawal ketika era Darth Vader. Jadi kalau sesiapa gamers die hard fan Star Wars siri. Aku cadangkan korang layan game ini. Memang penuh dengan drama dan adventure.

rating 8/10

+ There are no comments

Add yours