Online Coop : Antara Game Yang Harus Dicuba
Isey July 2, 2024Salah satu kategori multiplayer yang menjadi minat aku adalah online coop game. Untuk game yang mempunyai mod berkategori seperti ini, kebanyakkannya akan ada had limit pemain.
Online Coop : Antara Game Yang Harus Dicuba
Bagi korang yang suka main game bersama kawan, kenalan dan juga pasangan; korang mesti dah familiar dengan kategori game multiplayer sedia ada. Dari game yang boleh bermain secara beramai-ramai (Massive Multiplayer), dan juga yang mempunyai had pemain. Salah satu kategori multiplayer yang menjadi minat aku adalah online coop game. Untuk game yang mempunyai mod berkategori seperti ini, kebanyakkannya akan ada had limit pemain. Game berkategori ini juga kebiasaannya memerlukan pemain-pemain untuk bekerjasama untuk menyelesaikan misi dan objektif sehingga akhir. Untuk artikel kali ni, aku nak kongsikan beberapa online coop game yang aku dah main dan rasa korang juga patut cuba.
It Takes Two(2 Orang Pemain)
Untuk game It Takes Two ni, boleh aku katakan sesuai untuk pemain yang mempunyai pasangan untuk bermain bersama. Dari jalan penceritaan yang berunsurkan kekeluargaan, eksplorasi pemain yang menyeronokkan dan mekanikal keseluruhan yang cukup kreatif. Bagi yang hanya bermain dengan kawan pun tak ada masalah sebab aku sendiri main dengan rakan sejantina dan masih rasa kagum dan seronok bermain game ini.
Pemain membawa watak pasangan suami isteri yang mempunyai masalah hubungan bernama Cody dan May. Mereka memberitahu anak perempuan, Rose, bahawa mereka merancang untuk bercerai dan dia menganggapnya agak teruk. Rose kemudian menangis di atas dua anak patung kecil yang dia buat dalam rupa Cody dan May, bersama dengan buku bantuan cinta. Entah macam mana situasi ni dah mengangkut jiwa mereka ke dalam anak patung kecil Rose.
Seperti namanya, It Takes Two, pemain perlu bekerjasama untuk melengkapkan setiap peringkat. Masing-masing mempunyai peranan yang diperlukan untuk meneruskan perjalanan sehinggakan dan hampir mustahil untuk diteruskan jika bermain seorang diri. Kalau korang risau tentang tahap sukarnya permainan, tak perlu khuatir. Ini adalah permainan yang hampir tidak memerlukan apa-apa kemahiran dan menawarkan pengenalan yang sangat baik kepada mekanik permainan. Selain daripada jalan cerita utama, anda juga akan menemui permainan mini kecil yang membolehkan anda berdua bersaing secara langsung antara satu sama lain dalam pelbagai genre permainan yang berbeza. It Takes Two ni antara salah satu kegemaran peribadi aku, dan walaupun ia menelan belanja yang agak mahal, aku rasa agak berbaloi dengan gameplay yang ditawarkan.
Korang yang berminat boleh dapatkan game ni untuk PC di EA, Steam dan Epic Games.
*Bagi mod online coop, hanya salah satu pemain yang perlu membeli game ini dan pemain sudah boleh bermain bersama.
A Way Out(2 Orang Pemain)
Sama seperti hampir kebanyakkan game online coop yang lain, A Way Out juga memerlukan kerjasama untuk meneruskan progres. Dari menghalau ikan untuk ditangkap oleh partner korang, mengalihkan tumpuan pegawai untuk partner korang mencuri barang larangan. Hampir keseluruhan aksi dalam game ni memerlukan kerjasama antara dua pemain.
Mengisahkan dua banduan yang berkenalan di penjara, Vincent dan Leo. Pemain akan memainkan peranan sebagai dua watak ini yang bertekad keluar dari penjara dan ingin membalas dendam pada pembelot bernama Harvey.
Serba sedikit kita tahu tentang game yang ada unsur seperti banduan dan penjara hampir kesemuanya tidak lari dari isu pergaduhan. Aku agak kecewa sikit pada aksi pergaduhan yang berlaku dalam game ni. Pemain dihadkan untuk menekan butang tertentu sahaja sewaktu pergaduhan berbanding aksi bebas. Selebihnya aku boleh bagi thumbs-up dari segi coop gameplay antara dua watak, decision making sama ada mengikut keputusan Leo atau Vincent dan akhirnya twist penceritaan pada peringkat akhir game.
Korang yang berminat boleh dapatkan game ni untuk PC di EA, Steam dan Epic Games.
*Bagi mod online coop, hanya salah satu pemain yang perlu membeli game ini dan pemain sudah boleh bermain bersama.
Grounded(Sehingga 4 Orang Pemain)
Untuk kebanyakan masa korang dengan Grounded mungkin terasa sama dengan mana-mana permainan survival lain yang pernah korang main sebelum ni. Sentiasa memburu makanan dan mencari sumber air supaya untuk bertahan hidup. Terpaksa buat pangkalan untuk bersembunyi daripada binatang buas, dan menyimpan banyak barang dalam timbunan kecil yang kemas. Cuba hidup secara berorganisasi walaupun pada hakikatnya hampir semua hidupan sekeliling nak menyerang seperti labah-labah gergasi.
Pencarian utama Grounded, menugaskan pemain meneroka makmal sains yang berselerak di sekitar taman untuk mencari cara untuk membesar kembali kepada saiz normal. Korang boleh mencari bekalan, mendapatkan peralatan yang lebih baik dan mendedahkan bahagian baharu taman yang penuh dengan rahsia. Aku suka dengan konsep Grounded yang mana struggle awal untuk memudahkan proses eksplorasi. Struggle untuk kumpul dan menghasilkan senjata untuk membunuh kutu busuk mungkin memberi korang bahagian yang diperlukan untuk membuat topeng gas. Secara tak langsung memudahkan korang untuk bergerak ke bahagian baharu taman yang tidak dapat diteroka sebelum itu.
Kebanyakkan survival game tak lari dari konsep perlukan grinding. Jadi bagi korang yang jenis tak ada masa atau kesabaran dari segi mengumpul barang-barang secara berterusan, game ni sememangnya bukan pilihan korang.
Korang yang berminat boleh dapatkan game ni untuk PC di Steam dan Xbox Game Pass.