Top 5: Farming Games Terbaik Switch

Top 5: Farming Games Terbaik Switch

Kadang – kadang bila kita main game kita suka game yang pace laju. Kadang – kadang pulak kita suka yang game yang relax dan boleh ikut pace kita. Macam aku, bila dah banyak sangat main game yang kena perah otak, aku jadi nak main game yang santai – santai pulak. Jadi guy, kali ini aku nak cerita dengan korang top 5 game farming terbaik untuk Switch yang korang boleh layan.

5. Story of Seasons: A Wonderful Life

Top 5: Farming Games Terbaik Switch

Siapa yang tak kenal dengan game Story of Seasons kan. Game ni dulu di kenali sebagai Harvest Moon tapi telah di brand semula oleh Marvelous Entertainment. Story of Seasons: A Wonderful Life adalah game  farming yang bukan sahaja buat korang bercucuk tanam, tapi juga membina keluarga.

Dalam game ni, korang akan bina semula farm pakcik korang dan dalam masa yang sama korang boleh berkenalan dengan orang – orang kampung. Part yang best korang boleh mengorat awek – awek dalam game ni dan boleh berkahwin dan membina keluarga. Korang boleh main game ni dari muda sampai la anak korang dah besar. Best kan?

Story of Seasons: A Wonderful Life

Dapatkan di sini

Rate 3/5

4. My Time at Portia

H2x1_NSwitch_MyTimeAtPortia_image1600w

My Time at Portia, game farming yang bukan saja pasal berkebun tetapi juga pasal menaikkan bandar Portia. Korang akan bermain sebagai anak seorang builder yang terkenal yang mewarisi workshop ayah dia di Portia.

Game yang cantik dengan solid mekanisme permainan yang korang boleh craft, mining dan build up something. Dalam game ni, korang nak bergaduh dengan orang pun boleh. Best kan. My Time at Portia adalah game zaman post – apocalyptic di mana manusia baru nak start build up balik civilization. 

My Time at Portia

Dapatkan di sini

Rate 3.5/5

Top 5: Farming Games Terbaik Switch

Animal Crossing: New Horizons antara game yang popular di Switch. Tarikan utama game ni adalah character yang comel dengan mekanisma permainan yang simple tetapi sangat menyeronokkan. 

Dalam game ni, macam – macam korang boleh buat dan akan di beri task untuk korang setup khemah atau rumah korang kat sini. Game ni sangat easy going dan sesuai untuk budak – budak main.

Animal Crossing: New Horizons

Dapatkan di sini

Rate 4/5

2. Stardew Valley

stardew-valley-key-art-1200x675.png

Stardew Valley game farming simulation yang sangat complete. Boleh di katakan game ni melengkapi segala benda yang korang nak dalam satu game. Yang menariknya, game ni adalah indie game yang lone developer bernama Eric Barone. 

Bagi korang yang minat game 2D pixel art style, game ni memang untuk korang. Dalam game ni, korang bukan saja berkebun, tetapi juga boleh melawan monster, cari harta karun dan membina semula bandar korang. 

Stardew Valley

Dapatkan di sini

Rate 4.6/5

1. Fae Farm

2x1_NSwitch_FaeFarm_image1600w

Fae Farm, game terbaru yang mendapat tempat di kalangan pemain Nintendo Switch. Seperti game farming yang lain juga, mekanisma permainan menggunakan cara bermain yang sama di mana korang akan bercucuk tanam, menjual hasil tanaman dan melawan monster yang ada.

Key point game ni, korang dapat main game yang cute, dengan dunia yang fairy tale  yang best dan quest yang sangat best. Jika korang ada Nintendo Switch, jangan lupa untuk beli game ni pasti korang tak menyesal.

Fae Farm

Rate 4.8/5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *