Ghost of Tsushima

Ghost of Tsushima

Hi korang, kali ni aku nak review satu game yang paling padu, Ghost of Tsushima. Game samurai ini develop oleh Sucker Punch Production dan di publish oleh Sony Interactive Entertainment. Game ini mulanya Exclusive untuk PlayStation tapi telah di port ke pengguna PC pada 16 May 2024.

Ghost of Tsushima game yang berkisah tentang zaman perluasan kuasa Mongol yang menyerang Jepun. Diketuai oleh Khotun Khan, game ni lebih fokus pada samurai Jepun yang berupaya untuk melawan tentera Mongol tapi kalah. Kekalahan ini telah menyemarakkan semangat samurai Jin untuk bangkit dan melawan.

Samurai Jin Sakai

ghost of tsushima

Permulaan game, korang akan dikenalkan dengan hero utama Samurai Jin Sakai. Jin Sakai ni adalah samurai terakhir dalam clan dia. Jin bersama pakcik dia, Lord Shimura bersama dengan 80 samurai yang lain berjuang melawan Mongol. 

Apa yang menarik tentang culture Jepun ialah mereka berperang dengan honour diri yang tinggi dan tatatertibnya. Jadi apabila perang dengan Mongol diorang kalah sebab Mongol berperang tanpa adab dan itu membuatkan hampir kesemua samurai mati kecuali Jin. 

Gameplay

Ghost of Tsushima game yang berasaskan action – adventure dengan third view person. Game ni open world jadi korang boleh explore kepulauan Izuhara. Apa yang menarik dalam game ni, setiap kali korang jumpa dengan enemy, korang ada peluang untuk buat standoff. Standoff ni macam duel, siapa yang cepat akan dapat kill dulu. Semakin tinggi level korang dalam game ni, semakin hebat standoff korang.

Pelbagai cara korang boleh guna dalam game ni untuk capai objective korang. Sama ada berdepan atau stealth macam ghost. Dalam early game, aku lebih prefer untuk jadi stealth sebab skill belum cukup nak fight depan – depan. Tapi depends la pada korang nk fight macam mana pun. Kadang – kadang bosan main stealth, main fight depan – depan macam seorang samurai.

Storyline

ghost of tsushima

Game ni banyak memberi gambaran seorang samurai. Storyline game ni sangat best. Korang akan ikut kehidupan Jin Sakai dari seorang samurai yang biasa sampai dia jadi seorang yang unstoppable. Interaction antara NPC juga tak nampak kekok macam sesetengah game yang lain. Aku berpuas hati dengan interaction yang nampak hidup dan ada movement yang nampak real dari NPC.

Pemandangan dalam game ni bagi aku sangat cantik. Paparan zaman feudal Jepun sangat memukau dengan bunga dan pokok yang cantik. Seaview dan haiwan dalam game ni buat korang rasa seronok sangat nak main. Lebih – lebih lagi bila korang jumpa fox. Sucker Punch buat game ni dengan teliti walaupun ada kekurangan tetapi game ni telah dihasilkan dengan sangat baik. Kudos untuk mereka. 

Overall, kalau korang peminat samurai korang kena main game ni. View dan gameplay yang best dengan concept action adventure open world. Quest dalam game ni pun banyak jadi korang tak akan bosan untuk explore dunia Ghost of Tsushima. Dapatkan terus game ni di platform Steam dan Epic Game!

Zhuge https://www.revolusigamer.com

Game strategy dan role playing games.

+ There are no comments

Add yours