Soma: Sci-Fi Horror Perlu Dialami Bagi Penggemar Genre Seram Dengan Penceritaan Mendalam.

Hidden Gem Frictional Games Sci-Fi Horror yang wajar mendapat perhatian.

Frictional Games

Soma game genre seram yang ingin aku kongsi kali ini kerana aku punya pendapat game ini adalah sepatutnya all time best horror game. Dari developer genre seram tersohor Frictional Games (developer Amnesia Series), Soma game genre seram yang bukan sama seperti tipikal game genre seram yang lain.

Dalam Soma, watak kau (Simon) bangun-bangun di fasiliti penyelidikan yang seperti terbiar gelap. Memainkan perasaan fobia laut dalam, diamana ia lokasi fasiliti itu berada. Campur lagi dengan bunyi-bunyi yang mengecutkan hati dari entiti-entiti yang berkeliaran. Sorok untuk ‘survive’ dari entiti walaupun sebenarnya, Soma dah cukup seram dengan keadaan setup persekitarannya yang mengerikan di dalam fasiliti misteri itu.

Cerita

Frictional Games

“No Spoiler”

Paling utama yang menarik untuk Soma sebagai sci-fi horror genre adalah pendalaman ceritanya. Kisah cerita Soma melibatkan tentang filosofi kehidupan. Dengan kata mudah, ia melibatkan krisis tentang kewujudan dan realiti kita sebagai manusia. Terdapat banyak juga situasi dalam penceritaan Soma, dimana Simon perlu membuat pilihan yang mempersoalkan etika dan moral kemanusiaan.

Selain itu, keunikan dalam teknik penceritaan Soma adalah dimana game event yang berlaku 100% terus langsung dari realtime gamelay tanpa melibatkan cutscenes. Teknik ini membuatkan tiap event yang berlaku lebih feel dengan perasaan lively dan immersion dalam game. Dialog antara Simon dengan watak NPC juga mempunyai banyak perbincangan yang menampakkan perbahasan intelek.

Persekitaran

Frictional Games

Frictional Games melakukan setup persekitaran fasiliti dan laut dalam kelihatan terperinci dan perfect detail kecantikan visual dan vibe seramnya tercapai. Fasiliti laut dalam Soma berjaya memberi persekitaran yang memberi persaaan isolasi dan terbengkalai.

Physics

Frictional Games

Frictional Games mempunyai physics yang sangat unik sejak Amnesia Dark Descent. Kebolehan berinteraksi almost kepada semua objek didalam game. Hanya dengan mencuba sendiri game Frictional Games boleh pemain fahami.

Visual

Frictional Games

Visual quite fair untuk indie game tahun 2015. Visual game tetap berjaya memberi immersion dalam game experience.

Penutup

Frictional Games

Soma adalah game untuk pengalaman immersive Horror dengan Sci-Fi theme. Durasi untuk tamat game dalam 10 -15 jam bergantung pada curiosity pemain dalam explorasi. Agak repetitive dari gameplay (puzzle dan sorok) tetapi anda akan menghadapi entiti baru dan cabaran baru dalam progress game. Yang pasti ia mempunyai setup dan experience horror yang unik dengan kekuatan penceritaan yang mendalam.

Soma available di Steam.

Baca Lagi, Survival dan Horror : Pengalaman Bermain The Forest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *