Aksesori Wajib Switch
Jika korang beli barang menggunakan link yang kami sediakan di dalam artikel ini, kami mungkin boleh dapat commission. Ini membantu untuk menerbitkan lebih banyak lagi artikel berkaitan gaming.
Hi warga pembaca RG sekalian, korang ada Switch? Best kan main game dekat Switch ni sebab library game Switch ni banyak dan macam – macam pilihan yang ada. Tapi pernah tak bila korang main lama tangan korang rasa tak selesa? Itu adalah di sebabkan bila pegang Switch ni tak ergonomic dan akan buat tangan korang rasa lenguh bila main lama – lama. Oleh itu, hari ini aku akan share dengan korang aksesori wajib Switch yang korang kena ada bila nak main Switch ni.
Skull & Co. Analog Thumb Grip
Benda pertama yang aku suggest korang untuk beli ada Thumb Grip. Aku sangat recommend Thumb Grip dari Skull & Co. sebab thumb grip dia sangat bagus untuk korang nak gerakkan joystick korang. Ada tiga jenis thumb grip yang diberi. Antaranya :
- Skin Grip
- FPS Master
- CQC Elite
Skin Grip ni rasa dia sama mcm grip original korang tapi bila pakai korang akan rasa sedikit perbezaan sebab texture dia kasar sikit dan sedap untuk guna. FPS Master ni cap dia tinggi, lebih tebal dan akan improve accuracy korang bila bermain. Sesuai untuk korang yang suka main first person shooter recommend sangat untuk pakai yang ini. CQC Elite ni bagi aku just nice untuk korang pakai sebagai daily grip sebab grip tebal dan tinggi sikit. Bila korang main tak rasa sakit tangan nak gerakkan joy stick tu.
If korang berminat, korang boleh tekan link dekat sini
Skull & Co NeoGrip & GripCase
Benda kedua yang korang patut beli adalah Skull & Co NeoGrip. Bukan aku sorang je yang rasa gripcase dari Skull & Co ni bagus. Malah dan terbukti yang ini adalah gripcase yang bagus sebab ramai dah review dan mereka setuju grip case ini memberi keselesaan pada korang untuk bermain dalam masa yang lama.
Apa yang membuatkan neogrip ni bagus sebab dia ergonomic dan sesuai dengan tangan korang. Skull & Co Neogrip ni disertakan dengan tiga jenis grip iaitu Snap Grip, Trigger Grip dan Plus Grip. Untuk korang yang tangan yang tak berapa besar boleh guna Snap Grip sebab dia kecil dan korang akan rasa macam original joycon tapi lebih selesa.
Baca lagi di sini tentang: SHOGUN : PERANG PSIKOLOGI NIPPON
Trigger Grips pulak akan beri feel yang lebih selesa sebab dia regular size dan sedap di tangan apabila pegang. Bagi korang yang tangan besar boleh pakai Plus Grip. Plus grip lebih besar dan lebih firm nak pegang. Grip ni sebenarnya terserah kat korang mana yang korang rasa selesa boleh je pakai asalkan tak menganggu permainan.
If korang berminat, korang boleh tekan link dekat sini
Nintendo Switch Hard Shell Carrying Case
ila dah ada Switch ni mesti korang kadang – kadang bila ke mana – mana rasa nak bawa Switch ni kan? Jadi untuk barang ketiga yang korang wajib ada ialah Hard Shell Carrying Case. Kenapa korang wajib kena ada ni sebab kalau korang ada Switch tak kira Version brapa korang mesti nak bawa semua aksesori dia sekali kan?
Lets say korang nk balik kampung, Switch korang yang berharga ni mesti korang nak bawa sekali dengan dock, cable dan games. Bagusnya Hard Shell Carrying Case ni korang boleh bawa semua barang tu sekali dan bukan saja boleh simpan barang tu tapi bag ni akan protect sekali sebab dia hard Shell.
If korang berminat, korang boleh tekan link dekat sini
Banyak sebenarnya aksesori yang korang boleh beli untuk Switch korang. Ini adalah beberapa barang yang aku rasa korang perlu ada dan perlu beli untuk memberikan pengalaman bermain korang lebih seronok. Jangan lupa untuk tekan link yang telah di sediakan.