SHOGUN : PERANG PSIKOLOGI NIPPON
Shogun adalah sebuah siri baru terbitan FX. Cerita ini mengesahkan tentang konflik kejatuhan emperor raja mereka yang telah wafat. Bekas raja mereka telah mewasiatkan beberapa pembesar untuk menjadi ketua sementara untuk memerintah. Ini kerana waris bekas raja mereka iaitu anaknya masih kecil dan perlu menunggu sehingga umurnya mencecah usia matang. Jadi konflik antara pembesar ini mula tercetus di antara mereka. Dalam pada itu, ada pula segerombolan pelayar inggeris yang telah memasuki perairan jepun itu. Mereka telah di kepung oleh salah seorang ketua dari daerah itu. Plot penceritaan siri Shogun ini bagi aku memang best kerana ia berdasarkan dari sebuah novel 1975 dari penulis James Clavell.
Salah satu yang membuatkan siri shogun ini berjaya adalah dengan penampilan para pelakonnya. Antara barisan pelakon mereka adalah Hiroyuki Sanada, Cosmo Jarvis, Anna Sawai, Tadanobu Asano, Takehiro Hira, Tommy Bastow, dan Fumi Nikaido. Kau bayangkan watak utama bagi cerita ini adalah mamat yang otai di pentas film iaitu Hiroyuki Sanada. Mamat ni dah banyak gila berlakon watak-watak best. Antaranya dalam film John Wick Chapter 4, dia berlakon sebagai watak manager Osaka Continental Hotel tu.
Memang aku idola betul si Sanada ni. Antara pelakon lain ada juga Anna Sawai yang popular dalam drama siri Monarch: Legacy of Monsters, comel pulak tu haihh. Siri Shogun ini berjaya menyatukan barisan pelakon yang memang berbakat dan mereka mengekalkan para pelakon dari Jepun itu sendiri. Jadi bila kita tengok siri ni, memang terasa real kerana barisan pelakon itu memang pandai dengan budaya mereka. Lakonan setiap pelakon juga aku tengok memang mantap. Kena dengan era 1600 tu dengan gaya bercakap mereka, gaya berjalannya, aku terasa di zaman Shogun itu sendiri.
DARJAT SAMURAI
Shogun semestinya adalah sebuah drama siri yang berteraskan sejarah zaman jepun tahun 1600. Jadi bila kita tonton siri ini, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari budaya jepun yang sangat kompleks. Kita dapat lihat betapa tingginya orang jepun mengangkat dan menilai samurai mereka. Ini kerana samurai dilihat sebagai seorang pahlawan yang berani dan suci. Mereka taat kepada ketua mereka dan sanggup bermati jika perlu. Samurai juga mempunyai sifat sombong dan ego jika mereka mencapai beberapa tahap tertinggi atas pencapaian mereka kerana bertempur. Jadi penghormatan kepada mereka dianggap suci dan taat. Bayangkan jika samurai itu terjatuh di dalam perigi, dan tiada jalan untuk kembali ke atas. Mereka sanggup melakukan seppuku(membunuh diri) kerana ia di anggap kematian yang mulia, berbanding mati kelaparan.
Jadi kesimpulannya, aku rasa korang memang kena tengok siri terbaru netflix ni bertajuk Shogun. Siri yang penuh dengan drama dan misteri, terasa seperti main beberapa game yang seakan drama ini. Aku rasa yang betul-betul hampir dengan cerita ini adalah game Shadow Tactics: Blades of the Shogun. Korang cuba main game ni, memang bagi aku sama konflik dengan siri Shogun ini. Korang boleh pilih strategi korang tersendiri untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim. memang best.
jadi apa lagi guys. jom sambung baca.