Eksperimen Dota 2: Lifestealer Soft Support.

Main Lifestealer sebagai Soft Support. Ada bran?

Photo Credit: Rizpol

Sejak 2 minggu lepas, banyak ranked mode Dota 2 yang telah aku main. Sebab aku penat main single player yang perlu commitment masa. Tapi betul ke Dota 2 santai? Ya, jika main role pos4 (Soft Support) 😎.

Dalam Dota2, ada 5 role berlainan untuk 1 team iaitu pos1 hingga pos5. Dimana pos 1: Carry, pos2: Mid, pos 3: Offlane, pos4: Soft Support dan pos5: Hard Support. Untuk kali ni aku nak share korang tentang satu hero yang telah aku cuba sebagai role pos4 dan mungkin korang boleh try hero tu untuk role tersebut. Sebagai role pos4 ni, korang adalah support yang more offensive. Untuk success dalam role pos4, early game korang kena tolong offlane success untuk bagi hard time pada Carry lawan dan cukup level (mungkin dalam level 4 keatas) korang boleh roam tinggal kan Offlane untuk gank. Pos4, korang mungkin perlu sedikit item utk function dalam offensive (tapi perlu saving item juga kalau disadvantage) as korang memang selalu kena function tolong dalam gank.

Sebenarnya kebanyakan hero dalam Dota2 sangat versatile dimana 1 hero ada potensi dimainkan dalam pelbagai role kalau betul cara main dan item build hero tersebut. Seperti pepatah kata bekas captain OG “Notail” dengan 2 kali TI Champion, “In Dota, anything can work”. Jadi post kali ni aku akan kongsikan cara untuk success dalam Lifestealer pos4 dan kenapa hero ini “can work” for the role. Tapi macam mana pun, game Dota2 adalah “team game” diamana drafting overall team kau and team lawan juga memain peranan besar on the winning success.

(Boleh refer ni: https://dota2.fandom.com/wiki/Lifestealer/Counters)

Lifestealer sebagai Pos 4 (Soft Support)

Photo Credit: @redditdota2

Traditionally, Lifestealer hero yang hot di-pick untuk role Carry. Recent update 7.35d, hero ini dah pun di nerf-kan dengan decrease Rage(1st skill) movement dan cast range Infest(Ulti w/ aghanim) & Open Wounds(shard skill). Tetapi Lifestealer masih hero yang berpotensi.

How it works;

3rd skill slow effects: slow effects agak powerful untuk di utilise kan sebagai offensive support. Ganding kan dengan Orb of Venom early game, slow effect akan stack dan best sangat lah untuk kau harass lawan early game dgn extra magic damage tu dan attack speed 3rd skill.

1st skill Rage: Debuff immune, magic resistance dan movement speed bonus. Sesuai untuk pakai bila dengan lawan yang sukar utk kau reach atau utk selamatkan diri. Suggest untuk pakai bila nak reach lawan yang nak diharass jika sukar utk capai atau selalu simpan utk pakai bila masuk dalam war.

2nd skill Feast: Feast antara skill LS yang agak istimewa. Kerana dia bukan sahaja ada lifesteal untuk LS tetapi dia punya damage based on enemy Max health. Dimana skill ni akan menjadi bonus advantage jika lawan banyak hero strength yang health pool tinggi terutama tank.

Ulti Infest: Infest adalah keutaaaman skill untuk korang suppport. Infest boleh jadi skill yang versatile untuk korang support sama ada masuk dalam team untuk save team during fight atau untuk assist dalam initiation. Selain tu, kalau korang in advantage, boleh juga infest creep dengan skill untuk gunakan skill creep yang kau perlukan sebelum kau explode untuk deal AOE. Dalam late game, korang boleh utamakan infest pada hero carry lawan setelah ada Scepter untuk disarm. Infest CD dengan Scepter juga pendek membuatkan korang boleh take advantage Infest lebih kerap.

Shard skill Open Wounds: Aku akan cakap kat korang item ni wajib untuk support. Open Wounds akan apply slow yang sangat effective dgn peluang terjangkit pada unit hero lawan yang lain. Bayangkan advantage yang korang ada dalam team fight bila ada skill ni.

Items;

Orb of Corrosion: Dengan cost gold yang murah, item ni perfect untuk support LS. Effect slow dan reduce heal item ni sangat sync dengan 2nd dan 3rd passive skill LS.

Vladimir Offerings: Wajib la sebab kau nak support. Aura item ni akan bantu team kau dan cost gold dia juga murah. Relevan untuk support invest.

Aghanim Shard: Seperti dinyatakan di atas, skill yang LS dapat dari shard adalah wajib untuk bantuan support pada teamfight.

Aghanim Scepter: Upgrade pada Infest. Tambahan range, reduce CD dan kemampuan cast Infest pada enemy (aim carry).

Boots of Bearing: Sebagai support, mungkin kau boleh buat Tranquil Boots untuk upgrade pada Bearing dalam late game selepas semua item kau perlukan dah siap.

Transition to carry: Dalam super late game mungkin korang boleh buat AC atau Rad untuk fight advantage.

So kalau korang ada bran untuk cuba? Lifestealer Soft Support.

Baca pula, https://revolusigamer.com/aksesori-aksesori-gaming-popular/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *