Nintendo Switch : Game Cartridge atau Digital Yang Bagus?

Nintendo Switch telah berada di pasaran sejak diperkenalkan pada 3 March 2017.

Nintendo Switch : Game Cartridge atau Digital Yang Bagus?
Cartridge

Nintendo Switch merupakan antara handheld console paling laku keras di seluruh dunia. Game portable mudah alih yang boleh di mainkan di televisyen dan secara handheld. Walaupun menggunakan hardware yang terhad, namun game eksklusif sangatlah popular. Apa yang menarik, untuk mendapatkan game ni, korang boleh beli secara fizikal atau digital. Tapi yang mana satu yang berbaloi untuk beli? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mana Yang Mudah

Cartridge atau digital yang bagus? Antara cartridge ( fizikal ) dan digital yang mudah untuk anda beli sudah pasti adalah digital. Tetapi tak semua game digital ada dalam region yang anda pilih. Kadangkala korang perlu bertukar tukar region untuk mencari game yang korang nak. Game cartridge pula boleh di beli di kedai atau anda boleh cari secara online tetapi beli online ni selalunya ambil masa untuk sampai.

Digital

Harga

Game Nintendo Switch Eksklusif seperti Mario dan Pokemon sangat jarang untuk beli pada harga yang murah kerana kurang mendapat promosi dan game ini sangat tinggi permintaan. Lebih – lebih lagi kalau nak beli dekat eshop (digital). Tak semua game digital mahal kerana ada kalanya korang boleh dapatkan pada harga yang lebih murah apabila ada promosi tapi bukan game eksklusif ya. Harga untuk game cartridge adalah lebih murah berbanding digital untuk anda dapatkan kerana harganya akan jatuh sedikit dan bergantung pada demand dan supply dari komuniti.

Storage

Apabila membeli game digital, amatlah mudah untuk main kerana game ini sudah tersedia dalam storan memori card anda. Korang tak perlu nak pening – pening bawa storage bag semata mata untuk bawa game cartridge yang lain. Apa yang penting memori kad kena besar sebab game digital mempunyai storan yang besar tapi tak terlalu besar. Tapi library game Switch sangatlah besar dan korang mungkin akan beli lebih dari satu game.

Baca lagi di sini tentang Nintendo Switch

Jangka Masa Panjang

Oleh kerana Switch sudah berada dalam pasaran selama 6 tahun, komuniti gaming Switch pun sudah sangat berkembang terutamanya di Malaysia. Jadi untuk korang nak beli dan jual game catridge sangatlah mudah kerana online market untuk game catridge sangat mudah untuk di akses cuma korang kena berhati – hati dengan scammer. Game catridge juga mudah untuk dijual berbanding dengan game digital kerana boleh di jual satu game atau kesemuanya skali.

Berbanding dengan game digital, korang kena jual game tu dalam satu account. Jadi korang tak boleh la nak jual satu – satu dan kalau ada game yang korang nak simpan buat koleksi pun tak boleh nak simpan. Harga untuk game cartridge jual boleh dijual mahal terutamanya jika game tu high demand dan ada collector yang berminat dengan game fizikal.

Kesimpulan

Fizikal dan digital game ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Ia lebih bergantung kepada korang sendiri mana yang korang prefer untuk beli. Bagi aku, game fizikal adalah pilihan kerana game tu aku boleh simpan dan buat koleksi dan boleh di jual pada bila – bila masa kerana permintaan itu sentiasa ada. Game digital pula boleh di beli jika ada promosi di eshop. Apa – apapun pilihan di tangan anda dan buatlah mengikut kesesuaian anda. Jika anda ingin membuat rujukan harga game digital boleh tekan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *