PlayStation : Revolusi Game Moden

PlayStation
PlayStation

PlayStation telah keluar pada zaman tu. Jom aku nak bawak korang mengimbau kenangan playstation. Aku ingat lagi apabila aku dapat aku punya first PlayStation, esok pagi tu sampai sanggup nak ponteng sekolah sebab terlalu teruja, dapat console terkini abad 1990.

Zaman dulu kalau beli PlayStation, tuan kedai akan suruh pilih 5-10 cd bergantung pada package yang korang beli. Macam aku di beri pilihan utk pilih 5 cd, jadi pilihan yang memang aku dah aim adalah, tomb raider, harvest moon, dino crisis, chiken run dan crash bandicoot. Game-game ini memang aku aim dari rumah sepupu aku lagi sebab masa tu main PlayStation dekat rumah sepupu je.

Jadi masa first experience bila nak on ps1 tu memang teruja habis, PlayStation yang aku miliki jenis gemuk punya, memang rare habis masa tu, bila masukkan cd tu boleh baur plastik2 dari kilang cetak tu, hahaha, dan aku ingat lagi first game yang aku main adalah tomb raider, bila main tu, aku jadi kagum gila sebab woww!! 3rd person gaming pada tahun 1990an memang menjadi kenyataan. Yela sebab pada era itu kan bnyk jenis game-game pixel je macam supermario, contra dan lain2, jadi bila first time tengok game seakan 3D tu aku jadi binggung pikir macam mana game ni possible jadi macam ni.

Pengubah Zaman

Main game playstation zaman tu takda lagi jenis autosave. Jadi setiap level game tu kau kena cari checkpoint untuk save, atau kena lepaskan level tertentu untuk save game. Memang mencabar betul zaman tu. Tapi tetap enjoy sebab ada experience untuk save game. Masa tu teruja juga sebab boleh save game, yela sebab zaman game NES semua tu mana ada boleh save game. Dia bagi 5 kali peluang kalau mati, back to square one. Macam game mario tu. Jadi bila playstation ni ada feature save game tu, rasa best gila. Jadi aku pun main lah sampai ke tengahari game tomb raider ni. Next is Dino Crisis.

Dino Crisis ni best game ever lah bagi pendapat aku. Bila main Dino Crisis, game ni berkonsepkan cinematic view sikit. Bila progress ke tempat lain, view dia tu ala-ala shot macam dalam filem sikit. Dia sama macam game-game seperti resident evil, dan silent hill. Bila jalan tu ada rasa suspen je sentiasa hahaha. Pastu dari jauh kau akan nampak sesuatu benda bersinar. Haa itu mesti wajib amik barang kat situ hahaha. Lepas tu, aku sedar semasa gaming di playstation ni. Kita memang tak pikirkan pasal storyline dan graphic. Kita memang main game tu sebab seronok dan teruja. boleh berjam-jam habis dekat situ je.

Low Graphic, No Problem

Dan tidak lupa game paling legend di platform ps1 adalah crash bandicoot series sama ada yang adventure punya atau yang jenis kereta lumba punya, ini memang game wajib main kalau ada ps1, sebab dia macam ps1 exclusive game lah, contoh macam NES ada game supermario, pokemon. Ni ps1 dia wujudkan crash bandicoot. gameplay dia memang menyeronokkan, lagi-lagi yang lumba kereta punya, fuhh!! kau bayangkan main dengan kawan2 game lumba kereta. Tiba-tiba ada kuasa yang sangat unik apabila kita dapat langgar kotak kuasa tu, hahaha mmg seronok lah zaman 1990an ni, hidup masa zaman tu tidak pikir banyak bila main game.

Jadi kesimpulan blog aku pada kalini guys, hargailah peluang yang korang ada apabila kita main sesuatu game, itulah experience yang hanya kita seorang je boleh dapat dan rasai. sekian dari aku guys..

jom sambung baca..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *