SCARFACE : SAY HELLO TO MY LITTLE FRIEND

Korang tahu kan ada game lain yang lagi best dari GTA series seperti Grand Theft Auto San Andreas. Ya!! aku ulang, ada game yang lagi best selain gta san andreas di era playstation 2. Ini dia game Scarface. pada kali ini jom aku nak review game classic dari era playstation 2, Scarface.

Sedikit trivia lah kepada yang tidak mengenali apa itu game Scarface. Scarface adalah sebuah game yang di adaptasikan daripada sebuah film yang bertajuk Scarface itu sendiri. Ia bermula dari seorang lelaki yang bernama Tony Montana yang menjadi pelari imigran dari negara Cuba. Setelah menjadi pendatang asing, beliau mencari kehidupan barunya dalam dunia gelap gangsterism. Di situlah bermulanya konflik di antara ketua-ketua gangster yang mula mengenali pendatang baru Tony Montana.

Adaptasi gamenya pula, kita bermain sebagai watak Tony Montana, sama seperti di dalam filemnya. Daripada awal pengembaraan sampai ke penghujung cerita kita dapat mengawal watak Tony itu. Bagi pendapat aku, kenapa aku cakap game ini lebih best dari siri GTA adalah disebabkan oleh plot cerita game itu. Berbeza pula dengan plot cerita game gta. Grand Theft Auto banyak plot yang berbeza-beza mengikut setiap siri mereka, kalau untuk plot gta san andreas. Cerita yang lebih di fokuskan kepada perkauman kulit dan korupsi polis. Berbeza pula dengan plot gta vice city yang sebenarnya ia mengikut sedikit plot dari cerita scarface itu sendiri. Akan tetapi jika korang main game ini, plot ceritanya adalah sebiji-sebiji daripada filemnya. Jadi bagi aku memang padu lah.

SIMPLE TAPI PADU

Dari segi gameplay nya pula, Scarface tidak mempunyai peta dunia yang begitu besar seperti gta. Untuk korang explore di dunia Scarface, hanya cukup untuk mission story dan sedikit side story yang korang boleh main. Bagi aku sebenarnya game yang simple macam ni pun dah cukup best kalau story dia padu. Kita amik contoh macam game keluaran Rockstar iaitu Bully. Petanya juga kecil seperti Scarface tapi penceritaan game Bully itu sendiri yang membuatkan aku tak kesah kalau peta tu kecil. Jadi kalau korang main game Scarface, ada juga beberapa side story yang korang boleh main seperti territory control di mana korang boleh conquer setiap daerah sebagai side business, best kot. Ada juga kita boleh membeli kereta-kereta mewah untuk di pandu dan bagi aku lebih feel lah sebab kita ni ketua gengster dan bukannya curi kereta seperti GTA. haha.

kesimpulannya, aku harap game Scarface terbitan Radical Entertainment patut buat comeback atau remake lah, sebab siri Scarface tu memang best untuk kita main di versi terkini. Mungkin juga mereka boleh buat game bergenre itu dengan siri baru. okay itu sahaja dari aku. Say Hello to Little Friend.

jom sambung baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *